RSS

Dah Menjangkau Setahun kan......













Bulan Lepas dah setahun
kita tak berjumpa kan....
aduh...
tak berani nak cakap ape...
serba tak kena....

Esok pulak
merupakan Hari Istimewa
untuk Kamu kan...
Hari yang Memberi
Titik umur berubah 1 angka
dalam Umur Kamu

Terus terang ini Ku
Hadiahkan Semperna
Hari Lahir mu
Tapi.....
ku takut untuk menelefon kamu
seriuusssss.....

kalau di beri kesempatan
ku ingin poskan hadiah pada mu
boleh eh...
takut nk calll.....

ape2 pon...
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN
SEMOGA PANJANG UMUR
DAN
SEMOGA SUCCESS

Ku Sentiasa MenDOAkan Kejayaan KaMU


MieQ8589

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Nak nombor telefon awek cun di FB??


Mudah betol nk dapat no fon awek...
hahaha.....
Rupenye FB nie ada Rahsianya tersendiri....

Inilaha dikatakan FB kan...
Yela macam2 boleh berlaku kerana FB
Gaduh,Cerai,Bunuh macam2 lagi r....
teruk betoi FB nie...
kadang2 membuatkan kita syok,leka dgn FB nie....
Betol x???

Ini saya nk kongsikan kepada semua...
Ingat Sebelum Kena...
Dan Kena baru nk Beringat????
Lu fikirlah Sendiri kannnnnnn

Meh tengok nie....
Saya nk tunjukkan sesuatu....






clear tak??
tak??
klaw tak ni aku tunjuk per dia bagi kat aku...

"NOMBOR TELEFON BIMBIT SEMUA RAKAN-RAKAN ANDA sedang dipaparkan di Facebook!
Ini bukan gurauan - Sila ke bahagian atas kanan skrin, klik ACCOUNT, klik EDIT FRIENDS, klik CONTACTS di kiri skrin. Semua nombor telefon bimbit rakan-rakan akan dipaparkan. Sila copy post ini di STATUS anda supaya rakan-rakan anda mendapat maklumat ini dan memadam semula nombor telefon bimbit mereka untuk MENGELAKKAN PENCEROBOHAN PRIVASI.."


so kat sini korang boleh tau kan korang punya no telefon kat FB korang,orang lain boleh tengok...

Agak2 boleh tak kita dapatkan No fon Awek2 yang cun,Pakwe yang hensem2??
rajin2kan tangan anda untuk remove no telefon anda jikalau tidak,anda akan dapat gangguan daripada no yang misteri...ahaha!!



Meh sini Rajin2kan Click

  1. Login FB anda..dan klik pada ACCOUNT (kat tempat korang nak sign out tulah..)
  2. dan klik pada EDIT FRIENDS...keluar semua friends korang kan??
  3.  dan korang cuba klik CONTACT di sebelah kiri sreen anda dan......

O Makkkk.....
Banyak Betol No fon,Kawan2 aku pon ada.....
Heran Bin Ajaib.....

so untuk korang remove no telefon korang daripada FB tu..
lagilah senang.....

  1. korang masuk PROFILE korang
  2. klik INFO kat bawah gambar korang
  3. nampak NO TELEFON korang kat belah bawah tu??
  4. dan REMOVE jerk!
So Dah Siapppp.....

 
Selamat Mencuba 
Renung2kan dan Selamat Beramal.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Indahnya Kemaafan

kemaafan
Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan??



Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(Surah Al-Hujurat:11)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)
“Orang yang tidak suka menghormati orang lain, adalah orang yang tidak terhormat. Orang yang dihinakan itu belum tentu dia akan hina atau tidak, tetapi perbuatan menghinakan orang itu sudah menjadi bukti atas kehinaan diri kita sendiri.”
(Hamka)
“Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya di dunia dan di akhirat”.
(HR. Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
“Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat”.
(HR. Bukhari dan Ahmad)
Firman Allah SWT:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”
(Surah Ali-Imran:134)
Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan ‘Nabi Muhammad SAW.
Tiada manusia yang sempurna melainkan saling menasihati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
“Tidaklah dapat kita mengenal orang melainkan pada tiga keadaan, iaitu tidak dapat diketahui orang pemaaf melainkan ketika dia marah, tidak dapat diketahui orang yang berani kecuali ketika dia berjuang dan tidak dapat dikenal seorang sahabat melainkan ketika kita dalam kesusahan.”
(Luqman Al-Hakim)
Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita.
Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?”
(Surah an-Nur : 21)
“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda”
~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Anda bukan gagal tetapi belum berjaya…




Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan. Gagal ketika exam, gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain. Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.
Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi, kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. Apa gunanya hidup tanpa ujian?




Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.
Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders. Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.
Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud:
“Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan”.
Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu. Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.
Akhir kata daripada saya, moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri. Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya”.
Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.
Wallahualam….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kenaper..............

Esok Pagi Aku Akan Johor...OMG!!!!
Kenaper aku rasa berat saja nk jejak kesana.???
Tapi Hati ku cakap pergi je JB......
Kalau ikutkan hati ku,mahu berjumpa denganMU.....
tapi mungkin ia akan menjadi mimpi ngeri kan.....
aku sudah tak wujud kan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


tapi aku masih teringt bayang ku masa ke johor tempoh hari..
sebab time tue aku dah wat silap langkah.....
menyesal sehingga hari ini.....
Pada aku menanggung sehingga kini jua......


Nak call mesti kena marah atau tel tue mesti tak di angkat.......


aduh..... Aku tak pernah melupakanMU
BayanganMU tetap akan muncul,
aku dah buat sedaya yang mungkin,tetapi masih ada MU




MAAF LA KALAU CORETAN INI MEMBUATKAN MU TERTEKAN...
BUKAN APE,INI LUAHAN YANG INGIN AKU SAMPAIKAN....


APE-APE PON AKU AKAN SAMPAI KE JOHOR JUA KEESOKAN PAGI......


-HQ RH Resources,Kelana Jaya,Shah Alam,Selangor-
5.30ptg

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kau Terlalu Cepat Berubah (T_T)

Kenaper tiba2 kau berubah sebegini 
Kali ini memang ku terasa sangat2
sebelum nie kenaper kau boleh................
tapi
sekarang nie???

mungkin life kau dah berubah kan..
yela Budak U skrng nie,
dulu mungkin budak taraf Poli je kan....
Banyak lagi kawan2,
banyak lagi benda2 baru untuk belajar,
x salah semua tue,
cuma kau skrng nie dah berubah,
sejak Masuk alam belajar U,
memang macam nie kew..???

Sekrang nie pon aku dah x boleh ikuti perkembangan kau kan,
abis kau Block FB,
tapi apekan daya Kau dah Block,
So Segala perkembangan kau, ku xleh melihat lagi...
salah ke sekadar nak VIEW je wall tue....

Yela dah hampir 3minggu ku di layan macam nie,
sampai skrng nie 
tiada respon,
tiada cerita,
tiada perkembangan,
tiada nak borak2,
tiada nk gelak,
tiada nk nagis2,
macam dulu dan sebelum ini....
semuanyer kau dah..........................................

emmmmm,
setiap hari MSJ,
Setiap Hari Call,
tapi still xnak angkat kan,
dah xtahu nk luahkan pada sesiapa pon,

ape pon kau dah berubah sekarang nie,
xmacam yang saya kenal dulu,
ape pon xsalah,
setiap manusia yang wujud di muka bumi ini,
boleh berubah sekelip mata kan..

Tiap2 Malam ku mendoakan kau berjaya dalam pelajaran,
semoga kau dapat ape yang ku inginkan sebelum ini,
ku tetap akan menungguMU walau sekian lama.....

Wassalam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

ChoKie_cHokiE



Kerana Choki-Chokie aku mengenali Kamu Sayang..
Kau telah mengajar ku erti cinta sebenar,
kau juga mengajar ku erti kesabaran dalam percintaan jua,
kau jua mengajar ku erti kesabaran menempuh segala rintangan,
kau juga mengajar ku erti Kasih SAyang..

Choki-Choki,
ku Masih Intgt lagi Detik Pertemuan Kita Pada zaman Dahulu,
Ku Masih ingt lagi Detik Bersama Kita,
Ku Masih Mengharapi detik itu Kembali,

Choki-Choki,
Tapi..............
Sekarang Nie kenapa Kau Berubah,
Kenapa Kau Suka cepat Mengalah,
Kenapa Ku Sorang Mengahadapi Keseorangan,
Kenapa Ku Melayan Ku Begini,
Selama Ini Kau Memberi Aku Kekuatan....
Dimanakah Diri Kau Sebenarnyer!!!!!!!!
Cepat Benar Kau Berubah,
Dulu Saat Manis kongsi Bersama kan,
Tapi Skrng nie??????????
Mungkin Sebab Ku nie Jauh kan,
Payah nak Bersua,
sebab ini Ku Mengerti sebab Kau yang mengajar ku sentiasa Bersabar....

Choki-Choki,
Mungkin skrng nie cakap kawan2 lebih penting kan,
semua cakap kawan2 setuju kan,
x salah nk Percaya cakap kawan2,tapi kena berfikir jgk....
Dulu kita boleh berbincang,
skrng nie???????
Kau membiarkan diriku keseorang,
Tiap2 malam Call tapi engkau x menjawabnyer,
SMS setiap hari tanpa di balas....
masih ingt janji kita tempoh Hari?????

Choki-Choki,
Sebenarnyer Ku masih menunggu MU,
tapi smpai sekarng engkau..................
Kenaper...
Kenaper....
Kenaper.....
Kau lebih Memahami Diri ku kan????
Ku benar ingin menerima sinar dari engkau....


Choki-Choki,
Mungkin kau Mengatakan Ku nie DEGIL kan,
Sebab Ku Mahu Buktikan Selama Nie kita Bersama Bukan Untuk Main2..
Aku akan Buktikan CINTA ku kepada kau...
sebelum ni ku dah nyatakan Hasrat ku kan untuk semua nie...
Ini bukan rekaan atau Main2..
ku Sanggup Menunggu mu..
Mungkin kau ada Berpesan pada ku jangan Meletak Harapan terlalu tinggikan...


Choki-Choki,
Ini adalah ImpianKu,
Ku sanggup Menanggung segala risiko,
Sekurang2nye Ku mencuba untuk mendapatkan Kau,
kenaper Kau......................


Choki-Choki,
Ku harap tiada org lain yang mencuri HatiMU,
Aku Berharap Sangat2....
Hampai 3Tahun 1Bulan......
Ingin Ku Mencuri HatiMu Kembali.
BERIKAN KU PELUANG.........
Aku Bukan DeGIl....
Aku Akn Buktikan Aku Bukan Seorang.............................


Choki-Choki,
Dengarlah rintihan Ku,
Ku bukan nak Membiarkan engkau derita,
Tapi Ku nak Buktikan Kemampuan Ku untuk Mendapatkan Kau....
Ku Harap Kau Memberi Ku Peluang......



IkhlasDariKu
UntukMuSayang
MieQ8589








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0


  Ini adalah dipetik dari ceramah ataupun motivasi oleh Ustaz Zawawi sewaktu bersiaran di radio IKIM yang menceritakan tentang sunnah Rasulullah S.A.W yang juga menyentuh tentang cara memberi salam. Jadi dengan itu maka bab salam lah yang akan dipertengahkan kerana ramai hari ini menggunakan berbagai jenis singkatan hanya kerana mahu meringkaskan percakapan, ucapan, mesej dan berbagai lagi...jadi sama-samalah kita baca petikan di bawah ini...:

"maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah 'Salam (selamat tinggal)'. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk)." - 43:89


Baginda S.A.W memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh" 

Namun jika secara ringkas dalam memberi salam pula, Baginda S.A.W akan memberi salam dengan ucapan "Assalamualaikum"  dan menjawab salam pula "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

Semasa menjawab salam ramai yang telah silap dalam menyebutnya walaupun dari segi pendengarannya hampir sama :
Jawab salam yang sentiasa kita dengari ialah "WALAI KUM SALAM"  namun ianya adalah tidak tepat, maka yang tepat ialah "WAALAI KUMUS SALAM" 
Dan pula jika ingin mengirimkan salam kepada orang lain pula, ada juga caranya yang betul :
"Kirimkan salam 'Assalamualaikum' kepada Hassriq ye" - sebagai contoh yang betul, akan tetapi ramai yang tersilap menggunakan seperti ini "Kirimkan salam kepada Hassriq ye" dan tidak juga yang ketinggalan yang memandai tambah-menambah dalam mengirimkan salam "Kau kirimkan SALAM MAUT kepada dia ye". Walaupun dalam nada gurauan sekalipun, tapi ia tetap menyalahi syariat dan berdosa!

Tidak itu sahaja, jangan juga kita memandai-mandai menukarkan dan menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan perkataan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan juga.

Maka jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita menggantikannya dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud yang sama dengan "Assalamualaikum".

Jadi sama-samalah kita menyebarkan cebisan ilmu ini sesama kita dan sahabat masing-masing. Perkataan "Akum" adalah merupakan gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang yang bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ianya merupakan singkatan daripada perkataan "Avde Kokhaim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT"

Bagi perkataan "BYE" adalah merupakan jarum sulit Kristian yang membawa maksud "DI BAWAH NAUNGAN POPE".

Bagi perkataan "A'KUM" adalah bermaksud "BINATANG" dalam bahasa Yahudi.

Bagi perkataan "SEMEKOM" yang membawa maksud "Celaka Kamu".

Semoga yang tertulis hasil petikan ini memberi sedikit ilmu buat anda semua, jika ingin dikongsikan dipersilakan dan selamat beramal. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Doa Perempuan Lebih Makbul Daripada Lelaki Kerana Sifat Penyayang Yang Lebih Kuat Daripada Lelaki


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,
³Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-
sia´.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan
1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allahnmencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada
susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah! bsp;
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, ³Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab Rasulullah, ³Suaminya. ³Siapa pula berhak terhadap lelaki?´
Jawab Rasulullah, ³Ibunya´.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki
dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di
dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua
anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu!daripada anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka. ³Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab
mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0