RSS

DOA DOA PILIHAN

DOA DEMAM PANAS
albarakah
67. Daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Nabi Alihisalam adalah dia mengajar mereka itu dari demam dan daripada sekalian sakit semuanya, bahawa mengucap ia: "Bismillah Yang Maha Besar daripada kejahatan tiap-tiap urat yang menggelegak darah, dan daripada kejahatan panas neraka." (GHARIB)

*Dibasahkan kain tuala dan diletakkan dikepala atau diperut orang yang demam sambil dibaca doa di atas.*


BERUBAT DENGAN HABBATUS SAUDA
albarakah
36. Daripada Abu Hurairah, bahawasanya Nabi Alahissalam bersabda ia: "Lazimkan dengan ini jintan hitam, maka bahawasanya padanya kesembuhan daripada sekalian penyakit melainkan mati. Dan Sam itu maut. (Hasan Shahih)'

*Jintan Hitam itu banyak khasiatnya di dalam ubat-ubatan,ianya boleh digunakan dengan dijadikan kopi sebagai minuman atau sebagai kapsul dan boleh digoreng tanpa minyak untuk kegunaan luaran dan makanan.*


DOA MOHON KEKUATAN APABILA DIBENCI, DIPULAU, TERANIAYA
albarakah
Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.

*Baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang yang dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.*


DOA PELEMBUT HATI
albarakah
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa

*Baca 19 kali pada ubun-ubun anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati. Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan.*


DOA SUPAYA DIBERI KEBIJAKSANAAN DALAM KEHIDUPAN
albarakah
Ya Allah, berikanlah aku kecekapan dalam bertindak dan lindungilah aku dari keburukan jiwaku


*Baca sebelum membuat sesuatu perkara. Pastikan anda jujur dalam pekerjaan dan tindakan yang akan dilakukan. Elakkan perkara yang menjerumus kepada maksiat dan keburukan walau sekecil beras.*


DOA SUPAYA DIBERIKAN KEKUATAN HATI
albarakah
Ya Allah, yang memutarbalikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agamaMu

*Berdoa sebelum dan selepas membuat keputusan. Hanya kepada Allah sahaja kita dapat memohon dari Syaitan yang suka menyesatkan dan membawa sangsi.*


DOA RASULULLAH SELEPAS SOLAT MALAM
albarakah
Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikhail dan Israfil, Dzal yang menciptakan langit & bumi, Dzal yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang terlihat, Engkau memberikan hukum kepada para hambamu dalam permasahalahan yang mereka perselisihkan, maka tunjukilah kami dalam setiap perkara yang kami perselisihkan menuju kebenaran dengan izinmu, sesungguhnya Engkau memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus.

*Baca selepas sembahyang pada waktu malam dimana masa itu adalah yang paling afdal dan doa akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Tetapkan hati dan bukakan minda agar segala yang dihajati dapat disampaikan dengan ikhlas.*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Kau Yang Bernama CINTA



Semenjak kau hadir dalam hidupku

Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna

Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran


Mencintai dirimu

Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu


Kau yang bernama cinta

Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta

Hingga aku rasa indah







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Memikirkan Kamu Seorang


Bulan.

Bias cahaya melukis malam jadi taman. Kubayangkan kau di sini, di pangkuan. Memetik angin mendawaikan lagu, seirama detak jantung memperjelas rindu. Pemandangan selalu lebih indah, ketika tatap matamu bersinar di pangkuan. Mungkin kautitipkan kerling matamu pada embun. Kukecup keningmu pada setangkai kuntum.


Jarak.

Aku mencintaimu, maka rindu menjadi pertemuan paling indah ketika kamu tak di sisiku. Suaramu musik yang membebaskan aku dari sepi. Gemuruh. Aku dengar ombak di kejauhan, bagai ritmis jantung berdebar memecah sunyi. Memenuhi teluk hatiku dengan gemuruh laut yang tak pernah henti. Sebab hanya rindu mampu menyempurnakan percakapan kita, yang kadang tak bisa diakhiri dengan ciuman.

Malam lebih panjang. Memikirkan kamu seorang. Di balik cerahnya bintang, kaukah mengarahkan kompas hatiku. Untuk kutemukan doamu yang kautitipkan pada langit jauh. Jejakjejakmu melindungi setiap kenangan, menciptakan bayangan yang berjaga di lensa mata. Sungguh, aku kangen kamu.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Lauching Proton Inspira

Lauching Proton Inspira


Wah Smart Jgk Kete Proton Nie..
Geram Aihhh aku....


Enjin Dia pon Boleh Tahan Jgk...
Harga pon kalau 1.8 baru 78k dan 2.0 baru 91k....
Perhhhhh............. Murah Giler..hahahaha
Pandangan Depan Boleh Tahan jgk...
Buntut dia pon menarik jugk...
cuma tak seksi r..hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Mencari Jodoh Janganlah Terlalu Sempurna...♥


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

~renungan bersama~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

Bandung The Best!!!!

INI PERCUTIAN KE LUAR NEGARA PERTAMA DALAM HIDUP KU....





Memang seronok bila ke Negara Orang....
Aku nie jenis suka berjalan...
bab kata orang tua "X RETI DOK DIAM"
Namun Indonesia merupakan Percutian
yang aku idamkan dalam Tahun ini...
so terlaksana jugak.....
nasib la company aku sponsor...
kalau tak kena berkerja keras le cari duit...
hehehe
..........................................................................................................................

Tanggal pada 21/10/10
aku sampai li LCCT,Sepang jam 5.30pg
padahal company suh berkumpul jam 6.30pg
semangat Giler aku dengan si Kerol..
hahahaha
Check In barang jam 8.00pg
alhamdulilah selesai sudah....
Tepat Jam 9.00pg
Gate buka untuk naik Flight


Perjalanan ke Bandung,Indonesia dalam 2jam
dengan kelajuan pesawat 600km,11km dari Paras Laut...

Wah bila sampai di sana aku teruja la jugak....
kadang2 nk cakap bahasa ape ek???
adoiya...
last2 ada slang cakap indon..hahaha


Sampai2 je Ejen Pelancongan Menyambut kami
perh...
macam di Raja pulak...
Siap Beg aku nie di galasnyer....
Kenaper tak Galas aku skali eh???
teringin jgk......hahaha

Kat sana banyak Pengemis le...
Kami siap Buli Budak Nie Nyanyi Lagu Wali Band 4lagu..
hahaha
Tapi sore leh tahan jgk la...
Tapi kecian jgk tgok diaorg cari duit....
kru3...

Gambar Masa nie Baru Je sampai Hotel

Gambar nie masa kami Di Ladang Strawberi
Syok Jgk...
tapi Cameron Highland lagi best...heheh

Tempat Nie Paling Menyeramkan...
Gunung Berapi Patuha
Kawah Putih

Aku Berada disana Sepanjang 3Hari 2Malam
Memang Menyeronokan.....
Ada Keinginan aku kesana lagi.......
Semoga Kita Bertemu LAgi la Bu,Mas......
I LOVE BANDUNG!!!


Best Regards;
-Fahmmie Ali-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments0

SELAMAT HARI GURU..!! 16 MEI 2010


"Jika aku ingin berkias, maka aku akan disalah anggap telah terpesong akidahnya jika mengatakan guru itu umpama dewa yang turun dari langit. Maka tanpa berkias, tanpa makna tersirat, di sini ingin kujelaskan bahawa perkataan pendidik itu adalah terlalu tinggi nilainya berbanding dengan seorang perdana menteri. Kerana guru mampu melahirkan perdana menteri dan pemimpin pada masa depan."


p/s:Terima Kasih tidak terhingga buat guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu..=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments1

Salam 1 Malaysia..!!

hai semua..!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read User's Comments1